MUSTIKA
Kau yang
berselindung
Di balik sutera
Warnamu pelangi
Di balik sutera
Warnamu pelangi
Engkau
mustika hati
Pesona cinta
Mahligai rindu
Pesona cinta
Mahligai rindu
Malam dingin
yang kejam
Aku tiada gentar
Kerana cintamu
Aku tiada gentar
Kerana cintamu
Misteri alam kian
terbongkar
Lena jadi sedar
Kerana kasihmu
Lena jadi sedar
Kerana kasihmu
Yang dulu kucari
Rupa-rupanya ada di sini
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang
bermain dimimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti
Menjelmalah engkau dalam realiti
Dulu lalu
depan mata
Tapi ku tak
hirau
Ku tak peduli
Ku tak peduli
Tapi setelah
kutahu
Hanya engkau teman
Kau tak kulepaskan
Hanya engkau teman
Kau tak kulepaskan
Mustika, oh…mustika
Mestikah aku
menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar
menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika
hatiku
Mustika, oh…mustika
Mustika, oh…mustika
M.Nasir