Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum
Qasim berkata, Aku melihat mimpi ini pada 21
Disember 2017. Di dalam mimpi ini, aku mendapat berita bahawa Amerika Syarikat
akan membuat pengumuman penting. Aku menyangka bahawa mungkin ini ada kaitannya
dengan Palestin. Kemudian aku berkata, aku mesti ke sana untuk mengetahuinya.
Kerana pengumuman ini akan menjadi sangat penting kepada keselamatan umat
Islam. Aku duduk di dalam sebuah mesin udara dan terbang ke sana.
Presiden Amerika Syarikat sedang duduk di
sebuah tempat seperti pejabat. Beberapa orang juga sedang duduk di situ. Aku
masuk ke dalam dan tiada sesiapa yang perasan terhadapku. Tiba-tiba, Presiden
Amerika Syarikat berdiri dan terdapat sehelai kertas di tangan beliau. Kemudian
beliau berkata, “Hai India.” Aku tertanya mengapa beliau berkata demikian?
Kemudian beliau menunjukkan kepada semua orang kertas tersebut yang
menyebabkanku terkejut.
Terdapat sebuah peta Pakistan dan India dengan
warna yang sama dan tiada sempadan di antara keduanya. Beliau kemudiannya
menandatangani kertas tersebut dan mula ketawa dengan kuat. Kemudian, beliau
menunjukkan kertas tersebut kepada semua orang dan menyambung ketawa. Kini,
India akan mengawal Pakistan. Aku memegang kepalaku dalam keadaan terkejut
terhadap apa yang beliau rancangkan. Kemudian Aku menyedari beliau berkata
“Hail India” bukannya “Hai India”. Aku tidak dapat mempercayai perancangan
mereka ini.
Aku kembali kepada orang ramai (ke Pakistan)
dengan berlari dan berkata “Bangun dan selamatkan negara ini.” Mereka telah
membuat perancangan terhadap Pakistan sama seperti apa yang mereka lakukan
kepada Palestin.
Mereka berkata Qasim, rancangan sedemikian
telah dilakukan terhadap Pakistan sebelum ini, tetapi tiada apa-apa yang
berlaku dan Pakistan masih di sini. Tentera kita sangat kuat dan tiada sesiapa
boleh malah berani untuk mencabar Pakistan dan kita telah mengalahkan India
beberapa kali sebelum ini.
Aku berkata Ya, tetapi kita tidak seharusnya
memandang rendah akan keupayaan mereka dan pada kali ini, India mempunyai kuasa
asing bersama mereka dan tidakkah kamu ingat bahawa umat Islam berfikiran yang
sama seperti semasa peperangan Uhud? Mereka menyangka bahawa mereka telah
memenangi peperangan tersebut namun tiba-tiba mereka terkepung dan penguasaan
bertukar tangan dan umat Islam menderita kehilangan yang besar? Kita tidak
seharusnya memandang rendah terhadap mereka yang ingin memusnahkan kita. Mereka
merancang terhadap kita dan kita hendaklah merancang untuk menyelamatkan negara
ini.
Kemudian aku beredar dari situ dan bergerak ke
arah yang lain. Di dalam perjalananku, aku melihat sekumpulan burung sedang
terbang di atas langit. Aku berkata, burung apakah ini? Apabila aku melihat
dengan teliti, aku mendapati bahawa itu bukanlah burung. Sebaliknya, itu adalah
jet-jet pejuang yang sedang terbang pada altitude yang tinggi. aku menjadi
bimbang apabila melihat mesin yang tidak dikenali sedang terbang di ruang udara
Pakistan.
Kemudian aku pergi ke sebuah bangunan yang
besar dan bertemu dengan beberapa orang di situ. Aku memberitahu mereka tentang
berita tersebut (tentang mesin asing) dan mereka berkata bahawa tentera
Pakistan akan menguruskan hal ini, jadi jangan bimbang. Aku berkata, berapa
ramai tentera Pakistan yang dapat menahannya? Kenapa mereka tidak
bertanggungjawab untuk semua ini dan kamu semua tidak bertanggungjawab untuk
apa-apa?
Aku berkata bahawa pihak tentera sedang
melakukan apa sahaja yang boleh namun, disebabkan oleh kekurangan dana, mereka
tidak mampu mempertahankan semua kawasan. Ini akan menyebabkan banyak kawasan
terdedah kepada bahaya dan Pakistan juga akan sentiasa kehilangan wang. Tentera
tidak dapat bertempur tanpa dana-dana ini.
Kemudian aku berjalan pergi meninggalkan
mereka dan pulang ke rumah. Aku berfikir bahawa mereka semua sedang tidur.
Bagaimanakah untuk menghentikan perancangan mereka (musuh) itu ? Mimpi itupun
berakhir di situ.